Salam,
Hari ini saya dengan rasminya melancarkan siri produk percuma saya kepada umum. Sebenarnya saya telah lama dalam bidang bisnes di internet ini. Cuma nama saya tidaklah segagah nama-nama Internet Marketer terkenal di tanah air. Saya cuma berbisnes secara senyap sahaja..
Dan sebelum ini saya juga membuat kelas dan memberi didikan tentang bisnes internet ini. Tetapi ianya terhad di sekeliling dan terdekat dengan saya sahaja. Seperti sahabat handai, kenalan, kaum keluarga, jiran-jiran dan ramai lagi.